Adobe Photoshop (Individu)

24 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Bukit Tandak telah menganjurkan kelas adobe photoshop selama 2hari pada 22-23 Disember 2018. Kelas ‘personal’ ini dihadiri 2 orang peserta dari Felcra Bukit Tandak. Tujuan kelas adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka terutama golongan belia untuk menceburi bidang multimedia. Sepanjang kursus ini, mereka diajar :
1. Memahami fungsi tool yang berada di sebelah kiri layout
2. Memahami konsep ‘layer’
3. Shortcut key seperti zoom in, zoom out dan lain-lain
4. Crop dan menarik gambar
5. Pengenalan tentang resolusi gambar supaya tidak pecah
6. Membuat shape dan teks

Pelbagai latihan diberi seperti:
1. Membuat poster iklan
2. Membuang background
3. Membuat bisnes kad
4. Mengedit gambar menjadi flat vector



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas